Unjuran ekonomi Malaysia turun lagi - Utusan Malaysia

Unjuran ekonomi Malaysia turun lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bank Dunia menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tahun ini kepada -4.9 peratus, lebih rendah berbanding unjuran awal sebanyak -3.1 peratus.

Ini berikutan penguncupan yang lebih ketara pada suku kedua tahun ini dan pemulihan ekonomi dunia yang bergerak perlahan.

“Disebabkan penyebaran wabak Covid-19 di seluruh dunia pada suku pertama dan langkah pembendungan kesihatan awam oleh kerajaan Malaysia termasuk sekatan pergerakan, ekonomi menguncup 8.2 peratus pada separuh pertama 2020. Pertumbuhan negatif dalam suku kedua sangat mendadak dengan penguncupan 17.1 peratus.

“Kejutan ekonomi global ini memberi kesan buruk yang mendalam dan meluas terhadap hampir semua aktiviti ekonomi termasuk perdagangan, output, pelaburan dan penggunaan swasta.

“Impaknya juga besar terhadap pasaran buruh akibat penutupan dan pengurangan operasi perniagaan sehingga kadarnya meningkat kepada 5.1 peratus pada suku kedua – kadar tertinggi dalam 30 tahun,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bagi mengatasi masalah yang ada, Bank Dunia menyarankan supaya kerajaan terus berusaha membendung penyebaran wabak Covid-19 dalam negara yang kini menampakkan peningkatan signifikan.

Kata Bank Dunia, tiada alternatif lain selain memperkasa pelaksanaan langkah kesihatan awam dan dalam kesempitan fiskal akibat pelaksanaan pelbagai bantuan, kerajaan perlu bijak bagi memastikan ekonomi negara terus stabil dan mampu mulih.

“Pembuat dasar ekonomi menghadapi kesukaran yang bertambah dengan ruang fiskal yang semakin menyempit. Perbelanjaan besar untuk bantuan dan rangsangan bagi menyokong penggunaan mungkin meninggalkan beban hutang yang besar dan ia menyukarkan kerajaan untuk melabur dalam infrastruktur untuk pembangunan masa hadapan.

“Pilihan polisi untuk memberikan bantuan hari ini atau bagaimana kerajaan menyalurkan beban hutang awam melalui cukai tak langsung serta cukai pendapatan dan keuntungan akan ditentukan dengan bagaimana ia mempengaruhi pemulihan dan pertumbuhan akan datang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi Kumpulan Bank Dunia, Richard Record berkata, sukar untuk Malaysia menghadapi satu lagi pusingan sekatan atau kawalan pergerakan.

Ini kerana, Malaysia kini sudah mempunyai kadar hutang yang tinggi sementara defisit fiskalnya berada pada kedudukan bahaya sejak sebelum pandemik lagi.

“Respons (sekatan atau kawalan pergerakan) itu sangat diperlukan tetapi sukar untuk Malaysia menempuhinya sekali lagi,” katanya.

Untuk rekod, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menyatakan dalam tempoh Mac hingga Mei, Malaysia telah kehilangan kira-kira RM63 bilion akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya