TNB kuasai syarikat solar UK - Utusan Malaysia

TNB kuasai syarikat solar UK

TNB sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan terbaik bagi membantu pembangunan negara dalam pelbagai aspek.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, TNB International Sdn. Bhd. telah menyelesaikan penguasaan lima peratus kepentingan dalam satu daripada platform solar terbesar United Kingdom, Vortex Solar Investment S.a.r.l. daripada Beaufort Investments S.a.r.l iaitu anak syarikat EFG Hermes Holding SAE.

TNB dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, pembelian kepentingan dalam Vortex Solar itu berdasarkan pertimbangan berjumlah 11 juta pound (RM59.07 juta) meningkatkan kepentingan TNB dalam syarikat itu kepada 55 peratus sekali gus merupakan pegangan saham terbesar dalam Vortex Solar.

Vortex Solar merupakan satu daripada syarikat platform solar terbesar United Kingdom dengan skim subsidi Sijil Kewajipan Boleh Diperbaharui yang terdiri daripada 24 ladang solar beroperasi dengan kapasiti berjumlah 365MW.

TNB pada mulanya memperoleh 50 peratus pegangan ekuiti Vortex Solar pada 2017 dengan portfolio itu telah memberikan sumbangan positif pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sebanyak 39.1 juta pound (RM209.95 juta) tahun lalu.

Portfolio itu juga menunjukkan pertumbuhan EBIDA daripada margin 80 peratus pada 2018 kepada 84 peratus pada 2019. Penguasaan kepentingan itu diharapkan memberi sumbangan positif kepada keuntungan bersih TNB selepas proses pemilikan selesai.

Sementara itu, Presiden dan Ke­tua Pegawai Eksekutif Kumpulan TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan, pemerolehan itu satu pencapaian penting dalam komitmen TNB untuk mengurangkan jejak karbonnya dan mengembangkan portfolio perniagaan tenaga boleh diperbaharui (RE) sejajar dengan aspirasi transisi tenaga untuk menjadi peneraju kepada penyelesaian mampan di dalam dan luar negara.

“Dengan pemerolehan ini, TNB kini menguasai pegangan majoriti Vortex Solar sekali gus memperkukuh jejak perniagaan Kumpulan dalam bidang RE di Eropah selepas pemilikan penuh Tenaga Wind Ventures UK Ltd. (TWV), portfolio feed-in-tarif (FiT) angin terbesar di United Kingdom.

“Ia juga adalah satu daripada strategi untuk mengembangkan perniagaan RE TNB di United Kingdom dan Eropah, malah ia adalah satu langkah terancang untuk menguasai aset-aset RE berprestasi tinggi bermula dengan penguasaan pegangan 100 peratus TWV pada awal tahun ini,” katanya dalam kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya