TERAJU terima 1,149 permohonan - Utusan Malaysia

TERAJU terima 1,149 permohonan

MASTURA Mohd. Yazid bertanyakan kepada juri semasa program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) 2020 sesi Road Pitch Wilayah Utara di Ipoh, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 1,149 permohonan daripada usahawan dan syarikat permulaan bumiputera diterima untuk menyertai Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Md. Silmi Abd. Rahman, berkata hampir kesemua permohonan tersebut memenuhi syarat utama iaitu idea kreatif, inovatif dan kritis.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 37 peratus penyertaan telah melepasi saringan awal dan terpilih ke peringkat Road Pitch.

“Seramai 424 usahawan bumiputera berjaya mara ke peringkat Road Pitch dalam usaha memenangi geran perniagaan sehingga RM100,000 bagi peringkat penghasilan idea perniagaan atau perkembangan prototaip.

“Bagi idea perniagaan yang sudah berada di peringkat prakomersial atau pengkomersialan, peserta berpeluang memenangi geran perniagaan sehingga RM500,000,” katanya dalam kenyataannya di sini semalam.

Menurut beliau, siri Road Pitch pertama SUPERB 2020 Wilayah Utara dilancarkan semalam turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd. Yazid.

Katanya, pada sesi Road Pitch Wilayah Utara tahun ini, seramai 63 peserta daripada 137 permohonan telah disenarai pendek untuk membentangkan idea perniagaan selepas berjaya melepasi saringan pertama.

“Road Pitch kali ini turut menampilkan kelainan apabila 13 peserta dari Zon Utara berpeluang merasai pengalaman membuat pembentangan dalam talian secara langsung ekoran sekatan pergerakan di beberapa daerah di utara tanah air.

“TERAJU komited memberi peluang dengan memudahkan peserta yang tidak dapat menghadirkan diri akibat Covid-19. Mereka tetap mempunyai peluang yang sama untuk membentangkan idea perniagaan pada hari yang sama secara dalam talian kepada juri dan dinilai dengan set kriteria yang sama,” katanya.

Tambah beliau, selepas Ipoh, sesi Road Pitch akan ke Kuala Terengganu diikuti Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru dan berakhir di Kuala Lumpur.

“Sesi ini merupakan saringan tambahan bagi prosespemilihan SUPERB sekaligus memastikan hanya idea perniagaan yang terbaik, inovatif dan praktikal mara ke peringkat seterusnya,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.