Teknologi RRIM tingkat produktiviti - Utusan Malaysia

Teknologi RRIM tingkat produktiviti

pekebun kecil getah terus mengharapkan kerajaan akan menetapkan harga lantai getah. – UTUSAN/ZAID MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lembaga Getah Malaysia (LGM) memperkenalkan model pemprosesan getah krip serta serum pekat dan penggunaan teknologi RRIM HYDROBESTTM bagi meningkatkan produktiviti kebun getah.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam kenyataan berkata, pengenalan model tersebut sebagai memberi peluang kepada pekebun kecil untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti di sektor huluan, pengawalan kualiti bahan mentah serta pemprosesan getah.

Katanya, teknologi RRIM HYDROBESTTM merupakan bahan rangsangan susu getah berasaskan air dengan dua fungsi iaitu meningkatkan pengeluaran susu dan pada masa sama meminimumkan panel torehan menjadi kering.

“Ia merupakan rumusan berasaskan etefon dan telah diuji kepada pelbagai klon siri 2000 dan klon RRIM 3001.

“Teknologi ini diharapkan dapat digunakan oleh pekebun kecil seluruh negara bagi meningkatkan produktiviti kebun getah dan taraf ekonomi pekebun kecil di samping memberi peluang golongan itu terlibat secara langsung dalam rantaian pasaran getah,” katanya di sini semalam.

Model dan teknologi berkenaan telah pun digunakan di Ladang Bukit Ibam, Muadzam Shah, Pahang yang ditubuhkan pada 1977 dengan keluasan 2,050.20 hektar.

Kelmarin, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali mengadakan lawatan ke ladang tersebut yang diuruskan oleh LGM Properties Corporation (LGMPC) iaitu sebuah perbadanan di bawah LGM.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, model pemprosesan getah krip itu juga boleh digunakan sebagai rujukan kepada koperasi atau usahawan pekebun kecil bagi menghasilkan getah krip sebagai getah separa siap.

Katanya, ia mempunyai ciri-ciri keseragaman dan kualiti baik di samping penghasilan serum pekat sebagai bahan tambah nilai.

“Ia menekankan konsep sifar buangan yang mana bahan buangan daripada aktiviti pemprosesan diguna semula dan diproses bagi menghasilkan bahan nilai tambah yang berpotensi untuk digunakan dalam sektor tertentu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya