fbpx

RM20.7j tambah kemudahan letak pesawat di BKI

MAHB sentiasa menambah baiki fasiliti di lapangan terbang kendaliannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) membelanjakan kira-kira RM20.7 juta untuk menambah tiga kemudahan letak pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI), Sabah.

Kemudahan tersebut terletak bersebelahan hangar kargo BKI dan dijangka siap dalam tempoh 15 bulan menjelang Oktober 2021. Penambahan itu menjadikan keseluruhan parkir pesawat di BKI kepada 34 unit.

Setakat bulan lalu, sebanyak lima syarikat penerbangan beroperasi dari lapangan terbang berkenaan iaitu Malaysia Airlines, AirAsia, MasWings, Malindo Air, Xiamen Air dan pesawat kargo seperti MASKargo.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, pada 2019, BKI mengendalikan sebanyak 9.4 juta penumpang dan lebih 82,000 pergerakan pesawat.

“Kami menjangkakan pe­ningkatan penumpang pasca Covid-19 akan pulih secara berperingkat. Oleh itu, penaiktarafan ini bakal memberi manfaat kepada BKI supaya lebih bersedia dalam menghadapi peningkatan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bagi meningkatkan kecekapan keselamatan di lapangan terbang, MAHB turut mengumumkan penggantian sebanyak 17 unit mesin pengimbas X ‘dual view’ di BKI dengan kos kira-kira RM3.6 juta.

Projek itu telah pun ber­operasi sejak Ogos lalu dan berupaya membolehkan kakitangan sekuriti mengesan barangan terlarang atau berbahaya di dalam bagasi penumpang dengan lebih efisien dan berkesan.

Dalam pada itu, penetapan semula lot komersial menerusi pelbagai segmen sehingga Julai lalu, telah mencapai status siap 50 peratus di BKI selepas ia diper­kenalkan pada November 2018.

Mohd. Shukrie berkata, strategi itu bertujuan memper­kenal dan memastikan gabungan jenama yang tepat serta pengalaman membeli-belah yang lancar untuk kemampanan jangka panjang. – UTUSAN ONLINE