PDTKP sasar kutipan cukai RM4 juta - Utusan Malaysia

PDTKP sasar kutipan cukai RM4 juta

MOHD. Faizal Abdul Manap (tengah) membuat cabutan 70 nombor bertuah pada majlis pracabutan bertuah sempena kempen ‘Moh Dogheh’ Bayar Cukai Tanah di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, kelmarin. – UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah (PDTKP) menyasarkan kutipan cukai sebanyak RM4 juta menjelang hujung tahun ini melibatkan keseluruhan 55,668 hak milik berdaftar.

Pegawai Daerah Kuala Pilah, Mohd. Faizal Abdul Manap berkata, sehingga 31 Julai lalu, sebanyak 39,787 iaitu 71.47 peratus hak milik telah membuat pembayaran cukai tanah sebelum caj denda lewat dikenakan.

“Jumlah itu menunjukkan peningkatan terhadap ke­sedaran pemilik tanah akan tanggungjawab mereka untuk menjelaskan cukai tanah ma­sing-masing pada awal tahun.

“Kami juga melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah iaitu pada 31 Julai 2020 sebagai meringankan beban rakyat berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pra Cabutan Hadiah Bertuah sempena kempen ‘Moh Dogheh’ Bayar Cukai Tanah di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah, di sini kelmarin.

Katanya, melalui kempen tersebut, peningkatan jumlah kutipan cukai dapat dilihat ia­itu sebanyak RM3.6 juta 2018, RM3.9 juta (2019) dan RM3.8 juta sehingga 31 Ogos lalu jumlah itu dijangka terus meningkat sehingga 31 Disember 2020.

“Sepanjang kempen ini dijalankan, pihak kami telah bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mengesan pemilik-pemilik tanah yang mempunyai cukai tertunggak.

“Waris bagi pemilik tanah yang telah meninggal dunia juga digalakkan datang ke Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah bagi mengemaskini maklumat pembayar cukai dan menjalankan tanggungjawab menyelesaikan urusan tuntutan harta pusaka bagi pemilik tanah tersebut,” katanya.

Sementara itu, jelas Mohd. Faizal, pihaknya menawarkan cabutan bertuah bagi pembayar cukai yang membayar cukai sebelum 31 Mei 2020.

“Pada tahun ini, seramai 70 orang pembayar cukai tanah bertuah akan menerima pelbagai hadiah termasuk hadiah utama iaitu sebuah televisyen berjenama berukuran 55 inci.

“Hadiah sebagai penghargaan dan galakan kepada pembayar cukai yang menjelaskan cukai tanah pada awal tahun tanpa dikenakan caj denda lewat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.