fbpx

PCG beli 50 peratus saham anak syarikat PCC SE

  • Oleh NURUL IZZATI IZZAH NADZI
  • 14 September 2020, 1:25 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) menandatangani Perjanjian Jual Beli Saham (SSPA) dengan PCC SE untuk memperoleh 50 peratus saham dalam anak syarikatnya di Malaysia, PCC Oxyalkylates Malaysia Sdn. Bhd. (PCC-OM).

Perjanjian itu menandakan kemasukan PCG ke dalam pasaran oxyalkylates yang sedang berkembang.

Menurut PCG dalam satu kenyataan, dengan pemerolehan itu, PCG dan PCC SE merancang untuk membina kemudahan oxyalkylates di dalam Kompleks Petrokimia Bersepadu Kertih, Terengganu untuk
menghasilkan etoksilat dan poliol polieter.

Jelasnya, pembinaan kemudahan itu dijangka akan dimulakan pada 2021 sementara pengeluaran dijadual dimulakan pada 2023.

“Kedua-dua syarikat tersebut juga berhasrat menubuhkan pusat penyelidikan dan pengembangan (R&D) bersama di PCC-OM untuk memastikan tahap inovasi yang tinggi dan memenuhi keperluan pelanggan individu,” jelasnya dalam kenyataan itu hari ini. – UTUSAN