Maserati perkenal kereta berkuasa tinggi super terbaharu - Utusan Malaysia

Maserati perkenal kereta berkuasa tinggi super terbaharu

MC2020 sarat dengan ciri serba moden dan canggih.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Maserati memasuki era pembinaan kereta berkuasa tinggi super baharu dengan pengenalan model Maserati Corse 2020 (MC20) yang sarat dengan ciri serba moden dan canggih.

Dengan berat kurang 1,500 kilogram (kg), MC20 menjadi kereta terbaik dalam segmennya dalam aspek nisbah berat kepada kuasa iaitu pada 2.33 kg/hp.

Menurut Maserati, model tersebut mempunyai keberkesanan aerodinamik yang menakjubkan dengan rekaan bergaya bersama kekuatan enjin 3.0 liter turbo berkembar V6 dengan 630 kuasa kuda dan tork 730 Nm yang dinamakan sebagai Nettuno.

Dengan ciri tersebut, kereta itu boleh memecut pada kelajuan 100 kilometer sejam dalam masa kurang 2.9 saat. Kelajuan maksimumnya pula adalah 325 kilometer sejam.

“Proses reka bentuk MC20 mengambil masa 24 bulan de­ngan penglibatan pasukan jurutera Makmal Inovasi Maserati, pakar teknikal dari Makmal Enjin Maserati dan pereka bentuk dari Pusat Gaya Maserati.

“Secara keseluruhannya, projek yang membawa revolusi itu berjaya menghasilkan sebuah kereta yang mewakili kecemerlangan Itali. Malah, MC20 direka di Modena (Itali) dan akan dibina di kilang Viale Ciro Menotti, di mana model-model Maserati dibina selama lebih 80 tahun,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Lebih menarik lagi, MC20 turut mengguna pakai sistem Pembangunan Dinamik Kende­raan Maya, salah satu simulator dinamik paling canggih di dunia hasil ciptaan dalam Makmal Ino­vasi Maserati iaitu Kereta Maya .

Pengeluan kereta itu dijangka dimulakan pada penghujung tahun ini, namun masih belum ada apa-apa makluman tentang jumlah unit yang akan dihasilkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya