Kerjasama MRM, Jepun tingkat pengiktirafan pereka - Utusan Malaysia

Kerjasama MRM, Jepun tingkat pengiktirafan pereka

Lim Ban Hong (depan, lima kiri), Mohamad Hariri Abdullah (depan, empat kiri) bersama penerima anugerah Malaysia Good Design Awards 2019 anjuran Majlis Rekabentuk Malaysia di Bangi, semalam. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) bersama Asian Japan Centre (AJC) dan Japan Design Promotion (JDP) akan bekerjasama dalam meningkatkan pengiktirafan berganda kepada pereka-pereka tempatan.

Pengurus Besar MRM, Prof. Dr. Mohamad Hariri Abdullah berkata, buat masa ini pihak­nya sedang menyiapkan deraf atau kandungan Memorandum Persefahaman (MoU) yang diadakan bersama AJC dan JDP selewat-lewatnya pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

“Tujuan MoU ini sebenarnya untuk kita membantu industri tempatan mendapatkan Good Design Award (G-Mark) dari Jepun, yang mana anugerah ini memerlukan belanja yang banyak.

“Melalui kerjasama ini sekurang-kurangnya industri tempatan boleh menjimatkan kos sebanyak 70 peratus daripada jumlah kos perbelanjaan anugerah itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Peng­anugerahan Malaysia Good Design Award (MGDA) 2019, dekat sini, semalam.

Sebanyak 62 penerima daripada pelbagai industri reka bentuk di Malaysia telah menerima MGDA 2019 yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Lim Ban Hong.

Pengiktirafan MGDA itu telah meningkat daripada 107 produk pada 2015 kepada 326 produk pada 2019.

Tambah Mohamad Hariri, melalui ASJ, syarat kemasukan produk tempatan ke sana adalah produk itu telah dikomersialkan dan tidak mengambil produk syarikat pengeluar peralatan tulen (OEM) untuk dipertandingkan.

“Untuk memohon G-Mark kosnya agak tinggi antara AS$2,000 (RM8,264) dan AS$8,000 (RM33,056). Jadi de­ngan kolaborasi yang akan dilaksanakan nanti mungkin kosnya menjadi maksimum AS$2,000 (RM8,264) ke AS$4,000 (RM16,528) untuk pihak industri,” katanya.

Katanya, anugerah G-Mark dari Jepun itu juga adalah untuk membantu negara Asia lain untuk berkembang maju dalam industri rekaan seperti Jepun dan Korea. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya