Huggies perkenalkan Huggies Dry Pants serba baharu - Utusan Malaysia

Huggies perkenalkan Huggies Dry Pants serba baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Lampin yang basah merupakan perkara yang kerap mengganggu bayi dan boleh menyebabkan kerengsaan kulit, ketidakselesaan serta membuatkan bayi meragam.

Sebagai jenama yang dipercayai oleh ibu bapa di Malaysia, Huggies  terus membawakan inovasi untuk memberikan perlindungan terbaik bagi bayi. Pada tahun 2019, Huggies Dry Pants dinamakan sebagai Lampin Dengan Penyerapan Terpantas di Malaysia.

Kini, Huggies  memperkenalkan Huggies Dry Pants serba baru yang dengan Teknologi Saluran Dry Xpert, untuk penyerapan lebih pantas dan memastikan si manja kekal gembira dengan kulit kering dan selesa.

Malaysia merupakan negara pertama yang melancarkan Teknologi Saluran Dry Xpert di rantau Asia-Pasifik.

“Kulit bayi lebih rapuh dan sensitif bila dibandingkan dengan kulit orang dewasa, dan jika mereka tidak rasa selesa terutamanya apabila kulit mereka berasa lembap, mereka akan rasa resah dan mudah menangis.

“Dalam kes tertentu, ia boleh menyebabkan kerengsaan kulit seperti ruam lampin. Huggies memahami keperluan bayi dan ibubapa, dan kini menawarkan lampin dengan perlindungan dan
keselesaan berpanjangan menggunakan Teknologi Saluran Dry Xpert,” kata Pengurus Pemasaran (Penjagaan Bayi), Kimberly-Clark Trading (M) Sdn. Bhd., Shweta Vig.

Teknologi Saluran Dry Xpert dihasilkan dari Huggies ® dengan penyelidikan dan ujian yang teliti.

Ia mempunyai saluran berbentuk X di teras lampin (diaper core) untuk mengagihkan kelembapan secara rata ke empat arah untuk penyerapan pantas, memastikan kulit bayi kekal kering dan selesa sepanjang pemakaian lampin tersebut.

Selain itu, saluran berbentuk X pada pelapik membantu lampin mengekalkan bentuk, menghalang kekenduran, dengan saiz yang sesuai, sama seperti pelukan yang selesa untuk si
manja anda.

Untuk kali pertama di dalam industri ini, Huggies telah mencipta pengalaman menyeluruh melalui AR untuk menunjukkan Teknologi Saluran Dry Xpert yang inovatif, diciptakan khas untuk rangkaian Huggies Dry Pants.

Para ibu bapa yang mengunjungi salah satu daripada 300 pasaraya di seluruh negara akan dapat lihat kod QR berdekatan lorong paparan Huggies.

Imbas sahaja kod ini untuk ketahui apa itu Teknologi Saluran Dry Xpert dan kongsikan bersama rakan -rakan di media sosial. Tambahan pula, ada hadiah menarik yang
menanti di akhir pengalaman AR ini.

“Huggies memahami bahawa ibubapa hanya mahukan yang terbaik untuk bayi mereka, dan kami bersetuju. Kami juga mahukan pengalaman terbaik untuk ibubapa, dan kali ini kami gembira untuk memberikan pengalaman Saluran Dry Xpert melalui penggunaan AR.

“Ini membolehkan kami untuk bukan sahaja mendidik pengguna dengan cara yang menyeronokkan untuk meneroka teknologi lampin kami, ia juga memberikan kami peluang untuk berhubung dan berinteraksi dengan ibubapa.

“Mereka juga dapat berkongsi maklum balas mereka mengenai teknologi kami sekalipun mereka berada di rumah. Melalui pelancaran AR ini, ibubapa akan dapat merasai apa yang ditawarkan oleh Huggies Dry Pants,” kata Shweta.

Huggies Dry Pants dengan Teknologi Saluran Dry Xpert serba baru ini akan tampil dengan reka bentuk yang comel. Ia akan tersedia dalam pelbagai saiz (M, L, dan XL) manakala saiz XXL dengan Teknologi Saluran Dry Xpert akan datang pada Januari 2021. Huggies Dry Pants boleh didapati di pelbagai peruncit utama dan peruncit dalam talian di Malaysia. Harga bermula dari RM29.90.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.