CEO BOH Plantations tersenarai - Utusan Malaysia

CEO BOH Plantations tersenarai

Caroline Russell
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Caroline Russell, generasi ketiga yang menerajui pengeluaran teh terbesar di Malaysia, BOH Plantations Sdn.Bhd. (BOH Plantations), tersenarai dalam Power Businesswomen Forbes Asia 2020.

Senarai itu mengetengahkan 25 pemimpin wanita cemerlang di rantau Asia Pasifik.

Perniagaan milik keluarga itu mempunyai empat ladang seluas 1,200 hektar yang menghasilkan kira-kira 4.5 juta kilogram teh setahun, kira-kira 70 peratus daripada pengeluaran teh Malaysia.

Menerajui syarikat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada 2003, Caroline telah memperluaskan rangkaian teh dan jualan antarabangsa BOH dan diumumkan sebagai Pengerusi Eksekutif selepas bapanya bersara tahun lalu.

BOH Plantations telah ditubuhkan oleh datuknya pada 1929.

Dalam satu kenyataan, pengarang bagi Power Businesswomen 2020 Asia, Rana Wehbe Watson berkata, ketika dunia sedang berdepan dengan ketidaktentuan susulan pandemik Covid-19, lebih penting untuk Forbes Asia mengetengahkan ahli perniagaan wanita itu yang terus meningkat dan cemerlang dalam tempoh mencabar ini.

Rana Wehbe berkata, senarai pada tahun ini mengiktiraf 25 wanita yang menerajui syarikat dan institusi dalam pelbagai industri seperti bioteknologi, pendidikan, logistik dan undang-undang.

“Rekod kejayaan mereka dan kepimpinan yang berdaya tahan memberi inspirasi kepada orang lain,” katanya.

Antara mereka yang tersenarai ialah Roshni Nadar Malhotra dari HCL Technologies, wanita pertama yang mempengerusikan firma teknologi yang tersenarai di India dan merupakan antara pengerusi wanita dalam industri teknologi global yang dikuasai oleh lelaki.

Ahli perniagaan wanita termuda dalam senarai pada tahun ini ialah Lucy Yueting Liu dari Airwallex Hong Kong, 29, yang turut dalam senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017.

Terdapat tiga ahli perniagaan wanita lain dari India yang turut disenaraikan iaitu Ameera Shah dari Metropolis Healthcare, Divya Gokulnath dari Byju dan Vinati Saraf Mutreja dari Vinati Organics.

Thailand juga mempunyai tiga ahli perniagaan wanita dalam senarai iaitu Preeyanart Soontornwata dari B.Grimm Power, Nualphan Lamsam (Muang Thai Insurance) dan Jareeporn Jarukornsakul (WHA Group).

Senarai lain termasuk Melanie Perkins dari Canva, Australia; Carolyn Creswell (Carman’s Fine Foods Australia), Maki Akaida (Uniqlo Jepun), Aya Komaki (Sanrio Entertainment, Jepun), Zhao Yan (Bloomage BioTechnology, China), Annabelle Long (Bertelsmann Asia Investments, China), Lily Kong (Singapore Management University), dan Rachel Eng (Eng and Co, Singapura).

Jang In-a dari Smilegate Entertainment, Korea Selatan dan Yang Yoon-sun dari Medipost, Korea Selatan turut tersenarai.

Lain-lain individu ialah Nabilah Alsagoff dari Nusa Satu Inti Artha, Indonesia; Dewi Muliaty (Prodia Widyahusada, Indonesia), Nguyen Bach Diep (FPT Retail, Vietnam), Truong Thi Le Khanh (Vinh Hoan, Vietnam), Samantha Du (Zai Lab, Shanghai, China), dan Olivia Limpe-Aw (Destileria Limtuaco, Filipina). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya