Brunei pasaran eksport pertama Proton X70 2020 - Utusan Malaysia

Brunei pasaran eksport pertama Proton X70 2020

Proton X70 2020 dengan ciri-ciri istimewa diyakini mampu menarik pembeli tempatan dan antarabangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Brunei menjadi pasaran eksport pertama model kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton yang ditambah baik, X70 2020.

Mula dipasarkan pada 6 September lalu, X70 2020 yang cemerlang sebagai SUV terlaris di Malaysia akan dijual dengan tiga variasi iaitu standard, eksekutif dan premium X serta jaminan lima tahun tanpa had jarak perbatuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Roslan Abdullah berkata, Proton yakin X70 2020 akan menjadi pilihan pembeli Brunei berdasarkan ciri-ciri istimewa yang ada padanya.

“Proton teruja dengan model Proton X70 2020 buatan Malaysia yang telah dilancarkan di pasaran eksport pertama kerana jualan eksport memainkan peranan penting untuk meningkatkan jumlah jualan keseluruhan syarikat.

“Kami yakin bahawa kombinasi ciri-ciri inovatif serta peralatan keselamatan yang menyeluruh pada X70 baharu ini akan berjaya menarik perhatian pembeli kereta bukan saja di Brunei malah di mana-mana sahaja pasaran di seluruh dunia,” katanya dalam kenyataan di sini.

X70 2020 mencatat jualan sebanyak 12,732 unit sehingga akhir Ogos di pasaran tempatan, menjadikan ia pilihan paling popular dalam kala­ngan pembeli SUV di Malaysia dengan 25.9 peratus pegangan pasaran SUV seluruh negara.

Model terdahulu X70 juga termasuk dalam tiga tempat teratas bagi segmennya di Brunei walaupun dijual hanya dalam tempoh setahun.

Perkemba­ngan berkaitan pandemik Co­vid-19 juga tidak mengganggu pasaran industri automotif di Brunei secara signifikan apabila penjualan pada akhir Julai mencatatkan 7,609 unit, setan­ding dengan jumlah tahun lepas. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya