BELB: KPLB peruntuk RM120.5 juta di Sabah - Utusan Malaysia

BELB: KPLB peruntuk RM120.5 juta di Sabah

ABD. Latiff Ahmad menandatangani gegantung pelancaran Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Sambungan Talian Grid Zon 3 di Sabah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah memperuntukkan seba­nyak RM120.5 juta bagi melaksanakan projek bekalan elektrik luar bandar (BELB) sambungan talian grid bagi tiga zon di Sabah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad dalam kenya­taan memberitahu, sebanyak RM38.2 juta daripada peruntukan tersebut melibatkan pembinaan di tujuh daerah di Sabah.

Katanya, peruntukan tersebut kebanyakannya dikhususkan bagi daerah Kudat dengan empat kampung iaitu Kampung Gumandang, Kampung Tampakan, Kampung Sri Aman dan Kampung Tigaman akan menerima manfaat daripada pelaksanaan projek berkenaan.

“Inisiatif ini menjadikan kawasan-kawasan kampung yang mungkin dahulunya gelap kini bercahaya seakan-akan di kawasan bandar.

“Dengan kemudahan bekalan elektrik ini, penduduk kampung dapat menjalankan aktiviti seharian tanpa perlu menggunakan genset,” katanya dalam kenyataan itu semalam.

Inisiatif yang dilaksanakan kerajaan itu juga akan menyaksikan pembangunan sosioekonomi di kampung-kampung terlibat terus berkembang.

Abd. Latiff ketika majlis pelancaran projek tersebut turut menyatakan kerajaan sememangnya sangat prihatin dan mengambil berat terhadap keperluan asas rakyat dan komited dalam menyediakan kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air bersih, kemudahan jalan raya dan kediaman sempurna. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya