Agrobank peruntuk RM2 juta - Utusan Malaysia

Agrobank peruntuk RM2 juta

Ahmad Hamzah (empat dari kanan) dan Khadijah Iskandar (tiga dari kanan) bersama pemenang Kempen Kita-Kita Aje 2 anjuran Agrobank di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Agrobank memperuntukan hadiah keseluruhan berjumlah RM2 juta bagi Kempen Kita-Kita Aje 2 (KKA 2).

Menurut Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar, kempen itu telah dibuka kepada semua pelanggan dan pemegang AgroPrimaS di semua cawangan Agrobank dengan hanya membuat deposit serendah RM500 dan mengekalkan jumlah itu sehingga tamat tempoh kempen, iaitu selama 12 bulan.

“Kempen KKA 2 telah mendapat sambutan memberangsangkan dengan lebih 60,000 akaun mengambil bahagian dan kami menyasarkan angka ini akan meningkat kepada 90,000 akaun menerusi kempen KKA 3 yang sudah pun bermula pada 1 Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Agrobank telah mengumumkan pemenang cabutan kempen berkenaan dengan hadiah utama, sebuah pacuan empat roda, Ford Ranger XTL dimenangi oleh warga emas, Cheng Siew Chan, 66, dari Pantai Remis, Selangor.

Majlis dihadiri oleh Timbalan Menteri I Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Khadijah berkata, seramai 5,796 pemenang terpilih di bawah kategori Cabutan Bertuah Setempat dengan 21 pemenang daripada setiap cawangan Agrobank (138 cawangan Agrobank di seluruh negara) menerusi dua kali cabutan hadiah dibuat.

“Manakala 31 pemenang diumumkan bagi Kategori Cabutan Perdana yang mempunyai dua sub-kategori iaitu Kategori Umum dan Kategori Junior yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan termasuk kenderaan Ford Ranger XLT* dan wang tunai berjumlah RM30,000 serta telefon pintar i-Phone XS,” katanya.

Kempen KKA 3 yang berlangsung sehingga 31 Julai 2021, menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai bulanan sebanyak RM4,000 dan wang tunai bulanan (dana pendidikan) sebanyak RM1,000 kepada lima pemenang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya