Prasarana jangka kerugian RM500 juta - Utusan Malaysia

Prasarana jangka kerugian RM500 juta

Muhammad Nizam Alias
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menjangkakan mengalami kerugian antara RM400 juta dan RM500 juta bagi tahun kewangan 2020 berbanding 2019.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Nizam Alias berkata, kehilangan hasil pendapatan Prasarana adalah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan dalam membendung penularan Covid-19.

“Prasarana mencatatkan pendapatan RM277.3 juta bagi separuh pertama 2020 (1H2020), menyusut 42 peratus berbanding RM474.8 juta yang dicatatkan pada tempoh sama tahun sebelumnya.

“Kami menjangkakan akan mencatatkan kerugian berterusan sehingga RM500 juta walaupun separuh kedua dijangka mampu mencatat prestasi yang positif,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam taklimat media Prestasi Kewangan Prasarana 2019 dan 1H2020 di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; Ketua Kumpulan Pegawai Operasi, Datin Norlia Noah dan Ketua Pegawai Kewangan, Mohd. Rafizee Abdul Rahman.

Ujar Muhammad Nizam, Prasarana tidak mempunyai sasaran pendapatan setahun penuh kerana ia bergantung penuh kepada pelaksanaan PKP.

“2020 adalah tahun yang mencabar dan kami terjejas teruk berikutan Covid-19. Kami berharap separuh kedua akan memberi prestasi yang positif sebagaimana prestasi kewangan syarikat lain.

“Prasarana juga akan memperkukuhkan strategi pernia­gaan terutama memfokus ke­pada menjaga kebajikan penumpang bagi mengembalikan keyakinan mereka terhadap perkhidmatan kami,” katanya.

Hasil Prasarana mencatatkan peningkatan 27 peratus kepada RM1.052 bilion pada 2019 daripada RM827 juta tahun sebelumnya.

Kumpulan itu juga berjaya mengurangkan kos operasi sebanyak 10 peratus kepada RM1.3 bilion pada 2019 berbanding RM1.4 bilion 2018.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, pelunasan dan susut nilai (EBITDA) meningkat kepada RM249 juta pada 2019 berbanding RM612 juta tahun sebelumnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya