OPPO RENO 4 terima 2,000 tempahan - Utusan Malaysia

OPPO RENO 4 terima 2,000 tempahan

PELANGGAN mengunjungi Pusat Jualan dan Servis OPPO pertama di pantai timur di KTCC Mall, Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Penula­ran wabak Copvid-19 tidak menjejaskan jualan telefon pintar OPPO yang tampil dengan model terbaharunya, OPPO RENO 4 dilancarkan awal bulan ini.

Pengarah Runcit OPPO Malaysia, Dany Ding berkata, setakat ini hampir 2,000 unit mo­del berkenaan telah ditempah di seluruh negara dalam tempoh hanya dua minggu.

Beliau berkata, jenama OPPO mendapat permintaan baik terutama dalam kalangan anak muda.

Katanya, pembukaan cawa­ngan sulung OPPO di KTCC Mall di sini bakal memberi kemudahan kepada pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan selepas jualan.

“Cawangan ini merupakan yang kelima beroperasi di negara ini. Ia bukan sahaja menyediakan perkhidmatan jualan tetapi juga servis membaiki telefon,” katanya pada majlis pelancaran cawangan itu di sini, semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya