Mohd. Zuki dilantik Pengerusi baharu Cyberview - Utusan Malaysia

Mohd. Zuki dilantik Pengerusi baharu Cyberview

MOHD. ZUKI ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Cyberview Sdn. Bhd. (Cyberview) mengumumkan pelantikan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali sebagai pengerusi baharunya berkuat kuasa 28 Julai lalu.

Dalam satu kenyataan, Cyberview berkata, Mohd. Zuki, 58, dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir yang tempoh perkhidmatannya berakhir 1 Mei lalu.

Mohd. Zaki dilantik sebagai KSN ke-15 pada 1 Januari lalu.

“Dengan pengalaman luas dan rekod cemerlang selama 28 tahun dalam perkhidmatan awm, beliau memegang pelbagai jawatan di beberapa kementerian termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli.

“Sebelum dilantik sebagai KSN, Mohd. Zuki merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan. Beliau juga pernah berkhidmat dengan Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Persekutuan Sarawak,” katanya hari ini.

Katanya, Mohd. Zuki lulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Nanyang, Singapura dan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Kepimpinan beliau sangat bernilai kepada Cyberview sebagai pemaju hab teknologi, untuk kekal komited melaksanakan pembangunan ekosistem teknologi di Cyberjaya.

“Cyberview berharap dapat bekerjasama rapat dengan Mohd. Zuki dalam melaksanakan mandat baharu mempelopori pembangunan di Cyberjaya, sebagai lokasi tarikan utama pelaburan teknologi.

“Lembaga Pengarah Cyberview juga mengucapkan penghargaan kepada Ahmad Badri di atas komitmen dan kepimpinannya sejak Oktober 2018,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya