Malakoff untung RM115 juta - Utusan Malaysia

Malakoff untung RM115 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malakoff Corporation Bhd. (Malakoff) mencatatkan peningkatan keuntungan selepas cukai sebanyak 79 peratus kepada RM115 juta dalam tempoh tiga bulan kedua tahun ini berbanding RM64.26 juta yang direkodkan dalam tempoh sama 2019.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Malakoff berkata, penularan pandemik Covid-19 bagaimanapun telah memberi impak kepada pendapatan syarikat apabila susut 17 peratus kepada RM1.506 bilion dalam suku kedua berbanding RM1.81 bilion tempoh sama tahun lalu.

Katanya, keputusan yang dicatatkan itu sebahagian besar disumbangkan oleh hasil tenaga rendah daripada Tanjung Bin Power Sdn. Bhd. (TBP) dan Segari Energy Ventures Sdn. Bhd. (SEV) didorong penurunan harga arang batu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya