Ekonomi Jepun menguncup 7.8 peratus S2 - Utusan Malaysia

Ekonomi Jepun menguncup 7.8 peratus S2

PENGUNCUPAN ekonomi Jepun pada suku kedua disebabkan Covid-19, adalah yang terburuk dalam sejarah moden negara itu. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEPUN: Jepun mengalami penguncupan ekonomi 7.8 peratus pada suku kedua, terburuk dalam sejarah moden negara itu, selepas bergelut dengan kemerosotan akibat pandemik Covid-19.

Beberapa penganalisis menjangkakan pertumbuhan semula ekonomi pada Julai hingga September akan menjadi sederhana susulan gelombang kedua Covid-19.

Penyusutan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu sebanyak 27.8 peratus tahun ke tahun pada April hingga Jun, meeupakan yang terburuk sejak 1980.

Ia juga merupakan pengucupan dalam tiga suku berturut-turut dan penurunan yang ke­tara daripada unjuran pasaran median sebanyak 27.2 peratus.

Perbelanjaan swasta yang telah menyumbang lebih daripada separuh kepada ekonomi ketiga terbesar dunia itu, jatuh 8.2 peratus bagi suku tersebut, lebih tinggi daripada jangkaan penganalisis iaitu penurunan sebanyak 7.1 peratus.

Perbelanjaan modal pula menurun 1.5 peratus pada April hingga Jun, kurang daripada unjuran pasaran median sebanyak 4.2 peratus.

Permintaan global yang perlahan memberi kesan kepada eksport Jepun yang semakin berkurangan daripada import, menyebabkan sumbangan eksport kepada KDNK turun tiga peratus.

Kemerosotan ekonomi Jepun telah memberi tekanan kepada penggubal dasar untuk meran­cakkan semula pemulihan.

Jepun telah membuat pela­rasan rangsangan fiskal dan mo­netari bagi menangani Covid-19 dan impak kenaikan cukai jualan tahun lalu serta perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan China.

Gelombang kedua Covid-19 menggambarkan prospek gelap bagi ekonomi Jepun yang terus mengganggu perbelanjaan penggunaan dan pengguna isi rumah, walaupun kerajaan negara itu menarik balik perintah darurat pada akhir Mei. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya