Bank Islam teliti keadaan pelanggan yang terjejas - Utusan Malaysia

Bank Islam teliti keadaan pelanggan yang terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) meminta para pelanggannya yang terjejas akibat Covid-19 untuk menghubungi para pegawainya bagi urusan pembayaran semula pinjaman yang terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, pihaknya menyedari Covid-19 mempunyai kesan yang berbeza kepada orang ramai dan telah memberi moratorium menyeluruh selama enam bulan bermula April 2020. 

Katanya, dengan tempoh moratorium berakhir pada 30 September 2020, bantuan tambahan ini bertujuan untuk meringankan kekangan kewangan pelanggan dan menstabilkan aliran tunai mereka. 

“Kami akan meneliti keadaan mereka yang terjejas untuk merangka pelan pembayaran balik yang sesuai untuk mereka. 

“Bank telah pun mula menghubungi semua pelanggan kami melalui khidmat pesanan ringkas dan mengemaskini maklumat secara berkala di pelbagai platform komunikasi. 

“Namun, kami akan terus melipatgandakan usaha untuk memastikan mesej ini disampaikan dengan berkesan” tambahnya. 

Bagi membantu para pelanggan yang terjejas, Bank Islam menawarkan bantu kepada Individu yang kehilangan pekerjaan pada 2020 dan kini tidak bekerja dengan lanjutan moratorium selama tiga bulan dari penghujung tempoh berakhirnya moratorium sedia ada.

Sementara itu, untuk individu yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan yang signifikan, mereka akan diberi pengurangan ansuran bulanan bersesuaian dengan pengurangan gaji, tertakluk kepada jenis pembiayaan dan fleksibiliti pembayaran selama enam bulan dari penghujung tempoh berakhirnya moratorium sedia ada. 

Pelanggan boleh mengunjungi rangkaian cawangan Bank Islam di seluruh negara bermula 7 Ogos untuk membincangkan penyelesaian yang paling sesuai mengikut keadaan kewangan mereka dan melengkapkan borang permohonan untuk menikmati kemudahan ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya