AEON Rider wujudkan 300 peluang pekerjaan - Utusan Malaysia

AEON Rider wujudkan 300 peluang pekerjaan

arthur Joseph Kurup (depan, dua dari kiri) bersama anggota AEON Rider pada majlis pelancaran projek itu di AEON Mall, Shah Alam, semalam, – UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Inisiatif Yayasan AEON Malaysia (MAF) mewujudkan Projek AEON Rider bagi memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang hilang sumber pendapatan akibat wabak Covid-19 adalah tindakan tepat.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Arthur Joseph Kurup berkata, seluruh dunia kini mengalami perubahan yang besar dan memerlukan menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.

“Usaha AEON Malaysia mewujudkan 300 peluang pekerjaan sebagai anggota AEON Rider bagi membantu mereka yang hilang sumber pendapatan menyumbang kepada pelan pemulihan ekonomi kerajaan.

“Malah, tindakan ini juga selaras Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana) yang dilancarkan pada Jun oleh Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin),” katanya berucap pada Majlis Pelancaran AEON Rider di AEON Mall di sini semalam.

Yang hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif AEON Retail Malaysia, Shafie Shamsuddin dan Presiden MAF, Datin Yasmin Ahmad Merican.

Sementara itu, Shafie berkata, inisiatif yang dilancarkan oleh kumpulan syarikat tersebut hasil daripada Kempen “Berkat Ramadan-AEON Bersama Mu” sempena Ramadan lalu.

Katanya, hasil jualan ayam di AEON, AEON Big dan MaxValu Prime di seluruh negara berjaya mengumpulkan sejumlah RM1.45 juta untuk projek murni tersebut.

“AEON Rider terpilih akan diberikan kontrak pekerjaan dengan gaji kasar RM1,200 sebulan bagi tempoh setahun dengan tambahan caj penghantaran.

“Selepas tempoh setahun dengan prestasi kerja yang memuaskan, setiap seorang daripada 300 AEON Rider akan diberi hakmilik kekal motosikal dan pilihan untuk menjadi pekerja tetap di syarikat AEON Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya