fbpx

24 September 2020, 5:30 pm

  TERKINI

5 pengajaran penting dari Apple tentang pembuatan video

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

Untuk beberapa jam setiap hari, saya akan melayari internet untuk melihat, memerhati dan belajar tentang kandungan yang dibina oleh jenama-jenama terkenal dunia.

Merayap dari YouTube, Medium dan Flipboard kepada Google Search, Spotify dan ­Marketing In Asia, saya memerhati kesemuanya secara perlahan-lahan. Ada kandungan yang saya lihat sepenuhnya, tetapi ­kebanyakannya hanya sepintas lalu sahaja.

Cara pemerhatian saya ­mudah. Ketika saya membaca artikel, mendengar podcast, melihat pembentangan slaid atau menonton video, saya akan cuba kaitkan dengan jenama saya sendiri.

Di antara jenama-jenama terkenal dan tidak terkenal di luar sana, saya amat meng­gemari bagaimana Apple membina kandungan video tidak kiralah ia dibina untuk me­nguatkan lagi strategi kan­dungan atau untuk tujuan iklan, video yang dipaparkan amat menarik dan berbeza.

Apakah yang membuatkan mereka sangat berbeza? Ini teori saya.

Apple semestinya akan membuat penyelidikan tingkah laku terperinci terlebih dahulu ber­kisar tentang gaya hidup, tabiat, kehidupan seharian dan tingkah laku pengguna yang disasarkan.

Mereka mahu melihat bagaimana produk yang mereka ingin iklankan boleh menjadi sebahagian daripada gaya hidup sedia ada golongan-golongan ini tanpa membuat perubahan ketara.

Apa yang mereka mahu ialah produk ini mampu memudahkan lagi apa yang pengguna alami ketika ini, tidak kira di rumah, pejabat ataupun antara kedua-duanya.

Senario-senario yang diwujudkan untuk video ini pula ­sering tertumpu kepada gaya hidup dan tingkah laku pengguna berdasarkan kepada kajian tadi.

Apabila ini dilakukan, sekali gus mereka tidak akan ­menyentuh tentang produk secara terang-terangan.

Bagi Apple, senario yang ada perlu difahami dengan baik oleh penonton kerana apabila mereka sedar berada di dalam video itu sebenarnya adalah diri mereka sendiri, ia serta-merta mengaitkan diri sendiri dengan produk Apple tersebut se­terusnya memahami bagaimana produk itu mampu memudahkan kehidupan.

Apple hampir tidak pernah memberi fokus utama kepada fungsi-fungsi produk yang diiklankan.

Setiap adegan yang ditonjolkan, pasti fokus akan diberikan kepada kepada tingkah laku, ­individu di dalam video tersebut, penggunaan produk dan mengapa produk itu penting.

Mereka tidak fokus kepada produk. Kehadiran produk ­hanya sepintas lalu, namun, ia keluar beberapa kali secara kerap. Bagi Apple, terlalu fokus kepada fungsi-fungsi produk sangat membosankan dan tidak efektif. Mereka tidak mahu iklan mereka dilihat membosankan.

Video-video Apple juga ­sering menyentuh emosi. ­Mereka tahu setiap pengguna adalah manusia dan spesis manusia sangat beremosi.

Pertimbangan sama ada untuk membeli atau tidak ke­banyakannya bergantung kepada emosi ketika itu dan jarang bergantung kepada pemikiran waras.

Dengan ketiadaan produk atau kewujudan produk yang sangat tidak ketara di dalam video mereka, ia memudahkan objektif itu dicapai. Bagi Apple, emosi sangat penting.

Selain itu, pemilihan perkataan dan ayat yang tepat juga penting. Setiap senario yang ditonjolkan perlu diperkuatkan dengan perkataan dan ayat yang cukup tepat.

Tidak boleh ada sedikit kesilapan dari aspek ini kerana ia boleh menjejaskan bukan sahaja mesej yang ingin disampaikan, tetapi juga emosi yang sepatutnya pengguna rasa sebaik sahaja video itu tamat ditonton.

Bagi Apple, kedua-dua faktor ini sangat penting bagi membolehkan pengguna membuat keputusan pembelian.

Saya tidak nampak Apple banyak menggunakan data atau statistik dalam penulisan yang terdapat pada video-video mereka.

Mungkin kerana mereka lebih percaya kepada faktor emosi, kemanusiaan dan psikologi yang jelas lebih efektif mempengaruhi seseorang itu untuk membuat keputusan berbanding nombor-nombor.

BERITA BERKAITAN