fbpx

TM tingkat pegangan saham Webe

Menara TM di Bangsar. -GAMBAR FAUZI BAHARUDIN
  • Oleh Nur Izzati Izzah Binti Nadzi
  • 27 Julai 2020, 4:01 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Berhad (TM) memaklumkan cadangan kenaikan pegangan saham syarikat Webe Digital Sdn. Bhd. (Webe) di bawah perjanjian pertukaran sekuriti berjadual dengan Green Packet Berhad (Green Packet).

Cadangan tersebut membolehkan TM memanfaatkan inisiatif perkembangan negara dengan lebih baik bagi penyediaan jalur lebar atau internet berkelajuan tinggi di kawasan yang tiada rangkaian dan luar bandar serta mempercepat gabungan kumpulan TM.

Menurut makluman TM kepada Bursa Malaysia Jumaat lalu, setelah selesai pertukaran yang dijadualkan, TM melalui anak syarikat milik penuhnya Mobikom Sdn. Bhd. (Mobikom) akan memegang 91.8 peratus modal saham Webe sementara SK Telecom Co. Ltd. akan memegang 8.2 peratus.

“Kami ingin mengumumkan bahawa Mobikom telah mengadakan perjanjian dengan antara lain Green Packet berkaitan pertukaran terbitan Nota Jangka Sederhana Boleh Tukar (EMTN) yang dikeluarkan oleh Green Packet dan dipegang oleh Mobikom mengikut sekuriti yang dipegang oleh Packet One Sdn. Bhd. (Packet One) iaitu saham biasa Webe dan Nota Jangka Sederhana Konvensional (CMTN) yang dikeluarkan Webe,” katanya. 

Packet One adalah anak syarikat milik penuh Green Packet.

Penganalisis AmInvestment Bank Berhad, Alex Goh dalam nota kajiannya hari ini berkata, kepentingan TM dalam Webe akan meningkat kepada 91.8 peratus daripada 72.9 peratus dengan pertukaran RM187 juta EMTN bagi Green Packet, saham Webe RM5.2 juta dan CMTN bernilai RM37.46 juta.

“”Walaupun ia adalah untuk menyatukan kemampuan kumpulan TM bagi mengembangkan jalur lebar tanpa wayar ke kawasan yang tiada rangkaian dan luar bandar dalam penumpuan strategi TM, kami boleh mengandaikan perkembangan ini agak negatif memandangkan pengurangan pendapatan jangka pendek,” katanya. 

POPULAR