LTAT mohon hingga Oktober swastakan Boustead - Utusan Malaysia

LTAT mohon hingga Oktober swastakan Boustead

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mendapat persetujuan Suruhanjaya Sekuriti (SC) tambahan tempoh masa sehingga 27 Oktober depan berhubung cadangan penswastaan Boustead Holding Bhd. (Boustead). 

Walau bagaimanapun, LTAT dalam kenyataan memberitahu, sehingga hari ini, masih tiada perkembangan material melibatkan cadangan yang telah dikeluarkan sejak Mei lalu itu. 

Menurut LTAT, cadangan penswastaan itu tertakluk kepada struktur cadangan untuk dimuktamadkan, pembiayaan yang diperlukan dan kelulusan peraturan mengenai cadangan berkenaan. 

“Kami ingin memaklumkan kenyataan ini tidak bermakna LTAT akan melaksanakan cadangan tersebut. Tiada kepastian sama ada kami akan teruskan dengan cadangan itu,” katanya dalam kenyataan itu. 

Menurut LTAT, segala pengumuman mengenai perkembangan material melibatkan cadangan itu akan dilakukan mengikut peraturan mengenai pengambil alihan, penggabungan dan pemerolehan wajib. 

LTAT yang memegang kepentingan sebanyak 59 peratus dalam Boustead menimbang pilihan untuk menswastakan konglomerat itu bermula Mei lalu. 

Potensi penswastaan Boustead muncul ketika LTAT berusaha melaksanakan penyusunan semula di tengah-tengah cabaran prestasi yang wujud sebelum krisis Covid-19. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.