fbpx

Jualan asing meningkat RM910.2 juta

  • Oleh Nur Izzati Izzah Binti Nadzi
  • 27 Julai 2020, 12:15 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penjualan asing ekuiti tempatan di Bursa Malaysia meningkat kepada RM910.2 juta minggu lalu daripada RM905.9 juta pada minggu sebelumnya.

MIDF Research dalam laporan aliran dana mingguannya hari ini berkata, ini merupakan minggu ke-23 penjualan bersih asing berturut-turut.

“Sepanjang tahun ini, pelabur asing telah menjual RM18.8 bilion bersih di bursa tempatan. Berbanding enam pasaran Asia lain yang dijejaki, negara masih lagi pada tahap aliran keluar bersih asing keempat terkecil setakat tahun ini,” katanya. 

Bursa Malaysia menolak trend dengan aliran keluar bersih asing yang berlaku setiap hari minggu lalu.

“Ketika pasaran dibuka semula pada Isnin minggu lalu, pelabur asing menjual RM110.7 juta bersih ekuiti tempatan.

“Pada Selasa, aliran keluar bersih asing meningkat kepada RM295.8 juta selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menunjukkan pemulihan ekonomi positif.

“Aliran masuk bersih asing mereda pada Rabu dan Khamis minggu lalu, masing-masing pada kadar RM137.3 juta dan RM23.4 juta disebabkan oleh Indeks Terkemuka Malaysia (LI) meningkat 0.6 peratus dari tahun ke tahun pada Mei berbanding penurunan 5.7 peratus pada April, Khamis minggu lalu,” katanya.

Menurut firma penyelidikan itu, pertumbuhan pertama sejak Februari lalu, menandakan pemulihan ekonomi sejak MCO bermula.

“Namun, pelabur asing tetap berada dalam tahap risiko berikutan kes Covid-19 di seluruh dunia. Ia memperlihatkan hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang semakin merosot selepas AS meminta China untuk menutup konsulatnya di Houston dalam masa 72 jam pada Selasa minggu lalu.

“Pada Jumaat, pasaran tempatan mengalami aliran keluar bersih asing tertinggi pada nilai RM342.8 juta berikutan geopolitik antara kedua-dua negara itu selepas AS mengarahkan China membalas menutup konsulatnya di Chengdu, menambahkan ketegangan yang lebih besar di antara China dan AS yang menyebabkan kesan buruk di rantau ini,” katanya.

“Berbanding dengan tiga pasaran Asia Tenggara yang dijejaki minggu lalu, negara merekodkan aliran keluar bersih asing tertinggi manakala Filipina mencatatkan aliran keluar bersih asing paling terendah,” katanya.

Tambah MIDF Research, dari segi penyertaan, pelabur asing mengalami kenaikan mingguan memperlihatkan purata nilai dagangan harian (ADTV) sebanyak 0.1 peratus hingga mencapai RM1.4 bilion berada pada tahap tahap sihat RM1 bilion.

 

POPULAR