fbpx

Harga ‘pelaburan selamat’ emas menokok tinggi

Walaupun emas bukan lagi sejenis dagangan seperti wang, namun tidak bermakna sumber galian itu kehilangan nilai simpanan. - GAMBAR ZULHANIFA SIDEK
  • Oleh Ahmad Afiq Syahmi Bin Mohd Shah
  • 27 Julai 2020, 7:10 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Harga emas dunia merekodkan peningkatan sehingga AS$1,944.71 (RM8,269.88) dalam dagangan di Asia hari ini selepas pedagang memilih untuk melabur dalam ‘pelaburan selamat’ itu. 

Menurut laporan AFP, walaupun emas bukan lagi sejenis dagangan seperti wang, namun tidak bermakna sumber galian itu kehilangan nilai simpanan terutama apabila pelaburan lain telah terkesan akibat kemelesetan ekonomi atau inflasi. 

Penganalisis ActivTrades, Carlo Alberto De Casa memberitahu, emas mempunyai kelebihan untuk disimpan dalam persekitaran kecil pada nilai disebabkan jarang-jarang ditemui dan harga tinggi. 

“Pengeluaran emas kekal stabil dari semasa ke semasa berbanding bahan mentah lain. Contohnya minyak mentah, di mana Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC) mempunyai kuasa ke atas bahan mentah itu. 

“Antara tahun 2018 hingga 2019, pengeluaran emas telah meningkat dalam satu peratus disebabkan proses kitaran bekalan yang meningkat pada kadar tiga peratus. 

“Satu lagi ciri penting adalah emas berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) atau mata wang lain tidak boleh dicetak,” katanya kepada AFP. 

POPULAR