Fokus pulihkan industri terjejas - Johari Ghani - Utusan Malaysia

Fokus pulihkan industri terjejas – Johari Ghani

Bekas, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika segmen Bicara Eksklusif pada Hari Pelancaran Utusan Malaysia dan Kosmo, di sini, hari ini. GAMBAR-MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberi tumpuan kepada usaha untuk memulihkan kembali industri atau sektor utama yang terjejas teruk disebabkan penularan pandemik Covid-19. 

Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berpandangan, sektor pelancongan merupakan industri yang wajar diberi perhatian penuh apatah lagi memberi keuntungan besar kepada negara. 

Menurut Johari, kejatuhan mendadak industri pelancongan turut memberi kesan domino kepada sektor-sektor berkaitan termasuk pengangkutan dan makanan. 

“Pelancongan penting kepada ekonomi negara sebab setiap tahun kita ada kira-kira 25 hingga 28 juta pelancong tidak kira untuk bercuti, urusan perniagaan atau pun belajar. 

“Bila mereka tak boleh datang (ke Malaysia), industri pelancongan terjejas. Buat pertama kali dalam sejarah hotel kosong. Bukan itu sahaja, industri pengangkutan turut terjejas di samping industri makanan. Semua ini tak lagi wujud sebab Covid-19 membuatkan semua tak boleh datang,” katanya dalam majlis pelancaran kembali Utusan Malaysia dan Kosmo! hari ini. 

Pada masa sama, Johari memberi cadangan supaya kerajaan turut menumpukan kepada ‘reset’ semula ekonomi membabitkan setiap industri yang terjejas. 

“Antara cara yang boleh dilakukan termasuk menyediakan sokongan kepada syarikat yang memberi perhatian untuk eksport termasuk memikirkan tentang insentif kepada pengeksport. 

“Eksport merupakan pendapatan kepada negara dan kita perlu menjaga lebihan antara import dengan eksport. Kalau eksport kita berkembang, import kita akan turut baik,” jelas beliau. 

Johari berkata, selain industri pelancongan, kerajaan turut memfokuskan kepada sektor yang boleh memberi kesan berganda lebih besar kepada negara. 

“Dalam tempoh sekarang, kita mungkin kena lihat kepada ekonomi domestik termasuk sektor agrikultur dengan melihat bagaimana cara terbaik untuk meningkatkan unsur komersial,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya