Jangan sampai orang ingat realiti kita ‘begitu’ – Shy8 - Utusan Malaysia

Jangan sampai orang ingat realiti kita ‘begitu’ – Shy8

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Isu pelakon lelaki membawakan watak menyerupai wanita atau pondan bukanlah perkara baru dalam industri hiburan tempatan. Namun, setiap kali ia berlaku, pasti akan menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Ada yang berpendapat, ia sekadar tuntutan lakonan, manakala sebahagian lain melihatnya sebagai sesuatu yang tidak wajar kerana dianggap melanggar batas.

Pada masa sama, tidak dinafikan ada pelakon yang berjaya meninggalkan kesan mendalam apabila membawakan watak sebegitu, tanpa perlu berlebihan atau melampaui batas.
Persoalannya, bagaimana pelakon harus mengimbangi keperluan watak dengan persepsi masyarakat yang pelbagai?

Bagi pelakon berpengalaman, Shy8 atau nama sebenarnya Syed Mohammad Asri Syed Zainal Abidin Jamalullail, isu ini tidak boleh dipandang ringan.

Baru-baru ini, ada pelakon muda menerima kecaman netizen kerana membawa watak menyerupai wanita. Ada yang kata lelaki tidak patut bawa karakter seperti itu. Apa pandangan Shy8?
Kalau kita hendak dengar semua orang komen, kita tidak boleh hidup. Dalam dunia seni ini, kalau kita asyik ikut kata orang, kita tidak akan ke mana. Kita kena buat keputusan sendiri, apa tujuan kita berlakon, apa matlamat kita dalam industri ini. Orang boleh kata macam-macam, tapi mereka bukan yang menentukan rezeki kita. Sebagai pelakon, kita kena terima hakikat yang bila sudah jadi selebriti, kita akan terima pujian dan juga kecaman. Tak kira kita buat baik atau tidak, akan tetap ada yang tidak puas hati. Awak update satu benda di media sosial pun, jangan harap semua puji. Akan ada komen negatif. Itu lumrah.

Pernah membawa watak lelaki lembut sebelum ini, contohnya, Usop Wilcha. Macam mana Shy8 kawal supaya ia tidak jadi berlebihan?
Betul, saya pernah bawa watak Usop Wilcha. Tapi saya pastikan lakonan itu tidak over. Ada yang pernah cadangkan, ‘Abang, hendak pakai gincukah?’ Saya cakap, maaf. Usop Wilcha bukan macam itu. Memang watak itu lembut, tapi bukan sampai tahap hendak jadi pondan sepenuhnya.
Sebagai pelakon kena pandai kawal dan bincang dengan pengarah atau penerbit. Kalau rasa tidak selesa, cakap terus terang. Tapi kalau jalan cerita memang memerlukan karakter sebegitu dan sudah terima tawaran itu, kita kena jalankan tanggungjawab. Sebab, bila sudah tandatangan kontrak lakonan, itu komitmen kita.

Ada yang kata, apabila bawa watak transgender atau perempuan, ia boleh beri imej buruk kepada pelakon. Apa komen Shy8?
Kalau orang kecam, itu bermaksud lakonan kita berjaya. Sebab, orang nampak watak itu hidup. Kalau tidak nak kena kecam, jangan berlakon langsung. Yang jadi imam di surau pun orang komen, inikan pula pelakon yang muncul di TV dan media sosial. Manusia memang suka komen sebab mereka ada perspektif masing-masing. Kita tidak boleh nafikan benda itu. Sebab itu, saya selalu pesan, beza antara lakonan dengan kehidupan realiti. Jangan sampai orang ingat kita betul-betul macam itu. Bila kamera off, kita kembali pada diri kita yang sebenar. Itu yang penting.

Macam mana hendak hadapi netizen yang suka mengaitkan perwatakan dalam lakonan dengan kehidupan sebenar pelakon?
Kita kena jujur dan ikhlas. Saya selalu beritahu kepada peminat dan pengikut bahawa itu hanya karakter. Kehidupan sebenar saya bukan macam itu.Kalau orang tidak suka, tak apa. Yang penting kita tahu siapa diri kita. Jangan sampai kita hidup untuk puaskan hati orang lain. Kalau hendak ikut cakap semua orang, memang kita tidak akan tenang. Kita buat kerja seni ini untuk hiburan dan penceritaan, bukan untuk ubah diri kita. Lakonan dan realiti, dua dunia yang berbeza. Kalau sampai di luar pun orang hendak kita kekalkan watak itu, itu sudah salah. Orang akan meluat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

BERITA BERKAITAN