Covid-19: Kes positif terus menurun; 3 negeri catat lebih 100 kes - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes positif terus menurun; 3 negeri catat lebih 100 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,244 kes berbanding kelmarin, 1,360 kes sekali gus diatasi 2,005 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 455 kes diikuti Kuala Lumpur (159) dan Sabah (110).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Perak (98), Kelantan (64), Kedah (63), Pulau Pinang (60), Negeri Sembilan (55), Sarawak (40), Melaka (39), Johor (36), Putrajaya (25), Pahang (19) dan Terengganu (16). Dua lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, lima kes dan Labuan, sifar kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 304 orang berbanding kelmarin, 300 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 46 kes berbanding jumlah kelmarin, 45 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 25 kes berbanding jumlah kelmarin, 28 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 14 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,082 kluster.

Satu kluster baharu itu melibatkan kategori tempat kerja iaitu Kluster Dua Jalan Mahawangsa di Kinta, Perak dengan 11 kes. Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan lima kes berbanding jumlah kelmarin, satu kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,380 kes.

Dua kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,736 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya