Covid-19: Kes positif kembali meningkat melebihi 3,000 - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes positif kembali meningkat melebihi 3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,429 kes berbanding kelmarin, 2,437 kes sekali gus diatasi 4,882 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,082 kes diikuti Kuala Lumpur (676), Sabah (273), Negeri Sembilan (221), Perak (212), Sarawak (159), Melaka (151), Johor (129), Kedah (123) dan Kelantan (113).

Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Pinang Pinang (94), Pahang (70), Terengganu (55); Putrajaya (54), Labuan (12) dan Perlis, lima kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 537 orang berbanding kelmarin, 457 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 84 kes berbanding jumlah kelmarin, 81 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 58 kes berbanding jumlah kelmarin, 50 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, empat kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 31 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,058 kluster. Empat kluster adalah dua kluster kumpulan berisiko tinggi, Kluster Jalan Joget Lapan di Johor Bahru, Johor melibatkan 20 kes dan Kluster Jalan Lapangan Siber Satu di Kinta, Perak melibatkan 10 kes.

Selain itu, satu kluster pendidikan, Kluster Jalan Rektor Nilai 2 di Seremban, Negeri Sembilan melibatkan 30 kes manakala satu kluster pusat tahanan, Kluster Tembok Bendera 3 di Kinta, Perak melibatkan lima kes.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan sembilan kes berbanding jumlah kelmarin, lapan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,102 kes. Satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,672 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya