Malaysia kembali catat sifar kematian Covid-19 - Utusan Malaysia

Malaysia kembali catat sifar kematian Covid-19

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan sejarah apabila tiada kes kematian akibat Covid-19 selepas situasi sama dilaporkan pada 18 Disember 2020.

Susulan ketiadaan kes kematian, jumlah terkini kekal sebanyak 35,732 kes.

Kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) pula juga tiada kes dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,579 kes.

Terdahulu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, buat pertama kali sejak 18 Disember 2020, Malaysia melaporkan tiada kematian melibatkan Covid-19.

“Usaha peralihan kerajaan kepada fasa endemik dipacu dengan data yang direkodkan. Semoga usaha berterusan kita semua membuahkan hasil,” katanya dalam Twitter rasminya, malam tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, pukul 6.30 pagi hari ini, Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,680 kes berbanding kelmarin, 2,127 kes sekali gus mengatasi 2,108 kes sembuh.

Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 748 kes diikuti Kuala Lumpur (287), Perak (95), Sabah (93), Pulau Pinang (92), Negeri Sembilan (84), Johor (56), Melaka (53) dan Putrajaya (51).

Ini diikuti Sarawak (48), Kedah (36), Pahang (19), Kelantan (16), Terengganu (7), Perlis (3) dan Labuan, dua kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan menurun kepada 414 orang berbanding kelmarin, 458 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam kekal merekodkan 23 kes, bersamaan jumlah semalam.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 15 kes berbanding jumlah kelmarin, 16 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak empat kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,015 keseluruhan kluster. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.