Covid-19: Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang catat kes tiga angka - Utusan Malaysia

Covid-19: Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang catat kes tiga angka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,807 kes berbanding kelmarin, 2,092 kes sekali gus mengatasi 1,716 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 714 kes diikuti Kuala Lumpur (521), Pulau Pinang (125), Perak (98), Sabah (96), Negeri Sembilan (69), Johor (63) dan Kedah (52). Ini diikuti Sarawak (47), Putrajaya (37), Melaka (32), Pahang (23), Kelantan (19), Terengganu (14), Labuan (7) dan Perlis (4).

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan meningkat kepada 451 orang berbanding kelmarin, 401 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 29 kes, berbanding jumlah semalam, 23 kes.

Bagaimanapun jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 20 kes berbanding jumlah kelmarin, 18 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak empat kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,015 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam mencatatkan dua kematian Covid-19 berbanding kelmarin, tiga kes sekali gus menjadikan jumlah terkini kekal sebanyak 35,737 kes. Tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,579 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya