Covid-19: Pesakit diwadkan meningkat hampiri 500 kes - Utusan Malaysia

Covid-19: Pesakit diwadkan meningkat hampiri 500 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,417 kes berbanding kelmarin, 1,807 kes sekali gus mengatasi 1,550 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 1,055 kes diikuti Kuala Lumpur (515), Pulau Pinang (148), Sabah (125), Perak (113), Negeri Sembilan (87), Sarawak (64), Putrajaya (64), Johor (59), Melaka (57) dan Kedah (54). Ini diikuti Pahang (33), Kelantan (27), Terengganu (17), Perlis (6) dan Labuan, satu kes. 

Pesakit Covid-19 yang diwadkan meningkat kepada 472 orang berbanding kelmarin, 451 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 30 kes, berbanding jumlah semalam, 29 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 16 kes berbanding jumlah kelmarin, 20 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak empat kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,015 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam mencatatkan empat kematian Covid-19 berbanding kelmarin, dua kes sekali gus menjadikan jumlah terkini kekal sebanyak 35,741 kes. Satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,580 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya