Covid-19: Malaysia kembali catat lebih 2,000 kes - Utusan Malaysia

Covid-19: Malaysia kembali catat lebih 2,000 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,092 kes berbanding kelmarin, 1,680 kes sekali gus mengatasi 2,082 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 1,007 kes diikuti Kuala Lumpur (444), Perak (62), Sabah (76), Pulau Pinang (155), Negeri Sembilan (82), Johor (62), Melaka (58) dan Putrajaya (19). Ini diikuti Sarawak (34), Kedah (30), Pahang (23), Kelantan (18), Terengganu (14), Perlis (8) dan Labuan, satu kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan menurun kepada 401 orang berbanding kelmarin, 414 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam kekal merekodkan 23 kes, bersamaan jumlah semalam.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 18 kes berbanding jumlah kelmarin, 15 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak empat kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,015 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam mencatatkan tiga kematian Covid-19 berbanding kelmarin, tiada kes. Kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) pula juga tiada kes dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,579 kes. 

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, buat pertama kali sejak 18 Disember 2020, Malaysia melaporkan tiada kematian melibatkan Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya