Covid-19: Kes positif catat lebih 2,000 - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes positif catat lebih 2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam kembali merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,092 kes berbanding kelmarin, 2,316 kes sekali gus mengatasi 1,390 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 829 kes diikuti Kuala Lumpur (668), Pulau Pinang (145), Perak (118), Negeri Sembilan (105), Sabah (98), Kedah (64). Melaka (64), Sarawak (62) dan Johor (56). Ini diikuti Putrajaya (50), Pahang (26), Terengganu (10), Kelantan (13), Perlis (9) dan Labuan, tiga kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan menurun kepada 418 orang berbanding kelmarin, seramai 430 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 38 kes, berbanding jumlah semalam 32 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 22 kes berbanding jumlah kelmarin, 18 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak empat kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,015 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, lima kes dilaporkan menjadikan dan jumlah terkini sebanyak 35,725 kes. Selain itu, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,576 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya