Majoriti negeri catat lebih 100 kes positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Majoriti negeri catat lebih 100 kes positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,601 kes berbanding kelmarin, 2,241 kes dan mengatasi 2,014 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 1,126 kes diikuti Kuala Lumpur (327), Negeri Sembilan (195), Pulau Pinang (174), Melaka (127), Johor (126), Perak (120), Kedah (120) dan Sarawak (74).

Diikuti Pahang (46), Kelantan (43), Terengganu (40), Sabah (39), Putrajaya (25), Labuan, (15) dan Perlis, lapan kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan meningkat kepada 586 orang berbanding kelmarin, seramai 481 orang.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan penurunan kepada 67 orang berbanding jumlah kelmarin, 69 orang.

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut merekodkan penurunan kepada 38 kes berbanding jumlah kelmarin, 39 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak 68 kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,010 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, enam kes dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,590 kes.

Selain itu, tiga kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,536 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya