fbpx

Covid-19: Kes positif menurun

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,644 kes berbanding kelmarin, 1,873 kes dan diatasi 1,809 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 740 kes diikuti Kuala Lumpur (282), Pulau Pinang (122), Negeri Sembilan, (95), Perak (78), Melaka (68), Sabah (57) dan Johor (52). Ini diikuti Sarawak (41), Kedah (41), Putrajaya (31), Pahang (21), Kelantan (6), Terengganu (6), Perlis, (5) dan Labuan, sifar kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan menurun kepada 406 orang berbanding kelmarin, seramai 410 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan peningkatan kepada 34 orang berbanding jumlah kelmarin, 30 orang.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 17 kes bersamaan jumlah kelmarin, 18 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak tiga kluster yang masih aktif berbanding kelmarin, lima kluster sekali gus menjadikan 7,012 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, dua kes dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,660 kes. Selain itu, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,553 kes. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN