PETALING JAYA: Sebanyak 4,626 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini sekali gus menunjukkan penurunan berbanding kes yang dilaporkan sejak Rabu lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,688,149 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow, https://covidnow.moh.gov.my.
“Data setiap hari bagi laman itu adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. -UTUSAN ONLINE










