206 kes Covid-19 guna alat bantuan pernafasan - Utusan Malaysia

206 kes Covid-19 guna alat bantuan pernafasan

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) masih merekodkan lebih 400 kes iaitu 408 orang berbanding semalam, 407 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes memerlukan alat bantuan pernafasan pula menurun iaitu 206 kes berbanding semalam, 216 kes.

Bagi kes positif hari ini, ia menunjukkan peningkatan iaitu 3,504 kes berbanding semalam, 3,490 kes sekali gus diatasi jumlah pesakit yang sembuh pula, 4,401 kes.

“Sebanyak enam kluster baharu dicatatkan yang menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,043 kluster dengan 246 kluster aktif manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 5,797 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, daripada 3,504 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 76 kes (2.2 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, 3,428 kes (97.8 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 17 kes berbanding kelmarin, 31 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 30,879 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak tiga daripada 17 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,246 kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN