Saringan bergilir Covid-19 murid sekolah rendah Isnin ini - Utusan Malaysia

Saringan bergilir Covid-19 murid sekolah rendah Isnin ini

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua murid sekolah rendah diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 secara mingguan dengan kaedah penggiliran, bagi mencegah penyebaran wabak itu sehingga mewujudkan kluster pendidikan, bermula Isnin ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia adalah sebahagian perkara yang digariskan dalam Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan (NTS) yang menetapkan murid sekolah rendah perlu menjalani ujian saringan secara mingguan.

Katanya, pelaksanaan NTS dilakukan selepas ditangguhkan sebelum ini dan dokumen yang sudah pun disiarkan itu boleh dimuat turun melalui https://covid-19.moh.gov.my di bawah ‘Garis Panduan’. 

“Dokumen itu juga menggariskan bila dan siapa yang perlu menjalani ujian serta ujian apa perlu dijalankan, ia sama ada murid itu  bergejala atau tidak bergejala mesti menjalani ujian saringan.

“Ia menjadi keperluan kepada sekolah-sekolah rendah yang mana murid di bawah usia kelayakan menerima vaksin, perlu laksanakan ujian saringan mingguan sekurang-kurangnya kepada 10 peratus sampel pelajar di sekolah itu,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Khairy sebelum ini memaklumkan, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyiapkan strategi ujian saringan kebangsaan bagi menentukan peralihan fasa mitigasi di satu-satu kawasan.

“Strategi tersebut juga membolehkan kementerian mengenal pasti kawasan yang rendah dalam aspek pembendungan sekali gus dapat memastikan strategi yang lebih jelas dapat dilakukan bagi memastikan kadar positif Covid-19 diselaraskan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya