[PARLIMEN] KKM sedia hadapi gelombang keempat Covid-19 - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] KKM sedia hadapi gelombang keempat Covid-19

AARON AGO DAGANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya gelombang keempat jangkitan Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ia termasuklah peningkatan kes akibat Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Jelasnya, kementerian itu maklum dengan beberapa jangkaan yang dibuat dan sentiasa memantau perkembangan jangkitan.

“Memang kerajaan sedar ada kemungkinan akan berlaku berdasarkan anggaran yang dibuat, sebab itu di PRN Melaka kita tetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, kita tidak benarkan kempen dan pertemuan bersemuka secara besar-besaran.

“Memang betul kesan jangkitan PRN Melaka hanya diketahui dalam tempoh 10 hingga 14 hari lagi. Ini semua sudah kita siap sedia dan untuk PRN Sarawak juga kita akan tetapkan SOP yang ketat,” katanya bagi menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) meminta kerajaan menjelaskan mengenai kesediaan kerajaan menghadapi fasa endemik dan kemungkinan peningkatan kes yang menunjukkan aliran meningkat di Lembah Klang serta kemungkinan kes meningkat di Melaka. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya