Kes positif melebih 6,000 kes - Utusan Malaysia

Kes positif melebih 6,000 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan pertambahan tujuh kluster Covid-19 baharu selepas semalam mencatatkan lapan kluster. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan tujuh kluster itu menjadi keseluruhan kluster aktif sebanyak 235 kluster. 

“Selain itu, 5,678 kluster yang telah tamat direkodkan manakala jumlah kluster terkumpul sejak berlakunya pandemik Covid-19 iaitu 5,913 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 6,144 kes berbanding semalam, 5,755 kes sekali gus diatasi 6,602 kes sembuh.

Katanya, sebanyak 516 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 272 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 6,144 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 96 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, 6,048 kes (98.4 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 37 kes berbanding kelmarin, 47 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 30,147 kes. 

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak sembilan daripada 37 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,096 kes. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya