Kes Covid-19 kampus UiTM di Melaka masih terkawal - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 kampus UiTM di Melaka masih terkawal

MPP UiTM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Semua kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Melaka masih berada dalam keadaan terkawal dan diuruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

UiTM menerusi kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengenai seorang penuntut didapati positif Covid-19, baru-baru ini.

“Susulan kemasukan pelajar ke kampus pada Oktober lalu, UiTM sudah mengambil inisiatif untuk menyediakan kolej isolasi yang akan digunakan jika berlaku jangkitan di dalam kampus.

“Justeru, kes yang dilaporkan itu masih terkawal dan diuruskan mengikut SOP yang ditetapkan pihak universiti,” katanya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan seorang penuntut UiTM Kampus Lendu dijangkiti Covid-19 manakala lapan yang lain masih menunggu keputusan ujian saringan RT-PCR selepas menghadiri program kepimpinan didakwa anjuran sebuah parti politik di Alor Gajah, minggu lalu.

Pengarah Kesihatan Melaka, Dr. Rusdi Abd. Rahman memaklumkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah sudah menerima notifikasi daripada Klinik UiTM Lendu berkaitan perkara berkenaan, Rabu lalu.

Selain itu, lapan penuntut dilaporkan mengalami gejala jangkitan salur pernafasan atas (URTI) dan siasatan mendapati kesemua mereka menghadiri satu program kepimpinan pada 3 hingga 7 November lalu.

Mengulas lanjut, UiTM memaklumkan pengasingan turut dilakukan bagi semua penuntut dan kakitangan yang terlibat. 

“Selain itu, keperluan kebajikan semua warga terlibat dengan kes jangkitan Covid-19 sentiasa menjadi keutamaan pihak universiti,” tambah kenyataan itu. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya