Kadar kebolehjangkitan 1.0; KKM pantau hospital  - Utusan Malaysia

Kadar kebolehjangkitan 1.0; KKM pantau hospital 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt di seluruh negara semalam mencatatkan 1.0. 

Berdasarkan maklumat dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah pada Twitter beliau, pecahan mengikut negeri mendapati, Putrajaya mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0 iaitu 1.16. 

Lima lagi negeri dengan catatan RT melebihi 1.0 ialah Kuala Lumpur (1.04), Selangor (1.03), Kelantan (1.02), Negeri Sembilan (1.01) dan Pahang (1.01). 

Negeri-negeri lain melaporkan RT di bawah 1.0 iaitu Sabah (0.98), Kedah (0.98), Johor (0.93), Melaka (0.94), Perlis (0.94), Pulau Pinang (0.91), Terengganu (0.90), Perak (0.88), Sarawak (0.87) dan Labuan (25 kes).   

Susulan itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau kemasukan ke hospital serta indikator utama yang lain susulan kadar kebolehjangkitan Covid-19 yang kembali kepada 1.0.  

“Justeru, bagi anda yang sudah diberikan janji temu bagi dos penggalak, ambillah. Untuk warga emas seharusnya hindari tempat-tempat yang sesak,” katanya menerusi satu ciapan Twitter di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya