Pekerja syarikat pelancongan perlu lengkap vaksinasi sebelum operasi  - Utusan Malaysia

Pekerja syarikat pelancongan perlu lengkap vaksinasi sebelum operasi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan syarikat atau premis pelancongan dan kebudayaan perlu memastikan syarat lengkap vaksinasi (dua dos) bagi semua pekerja masing-masing sebelum dibenarkan beroperasi.

MOTAC menerusi kenyataan berkata, syarikat dan premis perniagaan di bawah sub sektor pelancongan dan kebudayaan adalah dibenarkan beroperasi tanpa lagi perlu membuat permohonan melalui Covid-19 Intelligent Management System (CIMS).

“Setiap syarikat atau premis perniagaan perlu mempamerkan salinan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terkini dan lesen perniagaan premis daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang masih sah.

“Pihak industri juga dipohon memberikan kerjasama bagi memastikan pematuhan terhadap SOP dan lain-lain arahan kerajaan yang dikeluarkan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa.

“Setiap syarikat atau premis perniagaan juga perlu memastikan jumlah pekerja tidak melebihi kapasiti maksimum yang dibenarkan kerajaan,” katanya.

Katanya, MOTAC ingin menegaskan bahawa pihak industri bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

Jelasnya lagi, kompaun kesalahan selaras dengan Seksyen 25, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [Akta 342] akan dikenakan jika gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya