Isteri tinggal dengan mayat suami dan anak positif Covid-19 tahap empat - Utusan Malaysia

Isteri tinggal dengan mayat suami dan anak positif Covid-19 tahap empat

POLIS yang berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) mengangkat mayat dua lelaki yang ditemukan mati di sebuah rumah di Taman Datuk Setia, Jalan Kaki Bukit, Kangar, Perlis, semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR :  Isteri kepada warga emas dan anak mereka yang ditemukan meninggal dunia kira-kira dua hari dipercayai Covid-19 di rumah keluarga itu di Taman Datuk Setia, Jalan Kaki Bukit di sini semalam didapati positif Covid-19 kategori empat.

 

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew berkata, wanita yang dipercayai berumur sekitar 70-an tersebut kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

 

Katanya, pihaknya masih belum mempunyai maklumat mengenai warga emas tersebut kerana pihaknya tidak menjumpai kad pengenalan wanita itu.

 

“Ketika ditemui semalam, dia (isteri) dalam keadaan murung dan tidak mengetahui siapa dirinya. Kami juga tidak dapat berjumpa dengannya untuk menyiasat lebih lanjut kerana dia positif Covid-19 dan dirawat di hospital.

 

“Saya jangka umurnya dalam 70-an iaitu lebih kurang sama dengan usia suaminya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 

Ketika ditanya mengenai keputusan ujian Covid-19 terhadap mayat dua beranak yang ditemukan semalam, Wari memberitahu, keputusan masih belum ada dan dijangka diperoleh dalam masa dua atau tiga hari akan datang.

 

“Mayat kedua-dua mangsa kini berada di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Bedah siasat masih belum boleh dilakukan kerana masih menunggu keputusan ujian Covid-19,” ujarnya.

 

Semalam, seorang lelaki warga emas dan anak lelakinya ditemukan mati disyaki akibat jangkitan Covid-19 di rumah mereka di Taman Datuk Setia, Jalan Kaki Bukit dekat sini.

 

Mangsa, Bakar Yaacob, 79, dan Ahmad Rizal Bakar, 53, ditemukan anggota polis yang tiba kira-kira pukul 5.30 petang selepas menerima laporan daripada jiran mangsa.

 

Ekoran kejadian tersebut, isteri mangsa dikatakan mengalami kemurungan dengan terus bersama mayat tersebut tanpa melaporkan kepada pihak berkuasa. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya