Kes positif Covid-19 di Selangor menurun - Utusan Malaysia

Kes positif Covid-19 di Selangor menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kadar kes positif Covid-19 di negeri Selangor mula menunjukkan pengurangan dengan kadar 18.8 peratus setakat semalam berbanding 22 peratus pada 1 Ogos lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, bilangan kes di 27 Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Selangor juga turut menunjukkan penurunan selaras dengan pelaksanaan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) maya serta beberapa inisiatif lain.

“Kalau kita lihat di Stadium Melawati, Shah Alam, kebiasaannya, boleh sampai 4,000 kes, tetapi, hari ini, hanya 2,214 kes manakala di Pelabuhan Klang sebelum ini 2,500 kes namun, pada hari ini 1,087 kes sahaja.

“Begitu juga di Bandar Mahkota Cheras dengan 799 kes dan Dewan Komuniti Taman Kajang hanya 898 kes. Ini menunjukkan keberkesanan HSO digital dan CAC maya memberi kesan kepada kedatangan kes secara fizikal,” katanya dalam sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19, hari ini.

Sha’ari berkata, melalui pemeriksaan di 27 CAC di Selangor, sebanyak 6,442 kes telah direkodkan hari ini dengan 3,473 merupakan release order atau arahan pemotongan gelang manakala bakinya adalah kes positif Covid-19 baharu.

“Berdasarkan 2,969 kes yang dicatatkan hari ini, 114 kes dirujuk ke hospital manakala 420 kes dirujuk ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

“Bagi kes-kes yang dirujuk tersebut dalam kategori 1 sebanyak 63 kes, kategori 2 (353 kes), kategori 3 (45 kes) dan kategori 4 (72 kes).

“Kes-kes yang dirujuk dalam kategori 1 dan 2 ini ada komorbid selain kediaman mereka amat tidak sesuai untuk menjalani kuarantin,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya