18,688 kes baharu, lima negeri cecah seribu kes baharu - Utusan Malaysia

18,688 kes baharu, lima negeri cecah seribu kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kes baharu jangkitan wabak Covid-19 pada hari ini 18,688 dengan menyaksikan lima negeri mencatatkan angka melebihi 1,000 kes menjadikan menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 1,262,540 kes.

Lima negeri itu adalah Kuala Lumpur (1,883 kes), Kedah (1,610 kes), Sabah (1,379 kes), Johor (1,308 kes), dan Negeri Sembilan (1,140 kes).

Namun, Selangor masih lagi mencatatkan rekod tertinggi iaitu 6,565 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 1,8883 kes.

Memuatkan artikel berkaitan…

Negeri-negeri lain pula adalah Perak (861 kes), Kelantan (870 kes), Pahang (602 kes), dan Terengganu (598 kes), Serawak (581 kes) dan Melaka (526 kes).

Perlis dan labuan masing-masing mencatatkan sebanyak enam dan dua kes baharu jangkitan wabak pada hari ini. – UTUSAN

Habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×