Pendaftaran terima vaksin masih rendah di Kuala Pilah - Utusan Malaysia

Pendaftaran terima vaksin masih rendah di Kuala Pilah

EDDIN Syazlee Shith (kanan) ketika meninjau operasi di PPV Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah hari ini.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Pendaftaran penerimaan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di daerah ini masih lagi rendah termasuk menerusi pendaftaran dalam aplikasi MySejahtera.

Pegawai Daerah Kuala Pilah, Mohd. Faizal Abdul Manap berkata, pihaknya mendapati hanya 34,340 daripada 52,100 bagi mereka yang layak telah mendaftar untuk menerima vaksin di daerah ini.

“Di Kuala Pilah ini pendaftaran MySejahtera agak kurang terutama dalam kalangan warga emas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak dapat menafikan isu ini berkaitan dengan liputan dan capain internet di beberapa kawasan di daerah ini masih lagi rendah selain alasan warga emas yang tidak tahu menggunakan telefon pintar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir ke Program Pemberian Vaksin Secara Pandu Lalu di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith.

Jelas Mohd. Faizal, bagi mengatasi masalah itu, pihaknya telah mengambil inisiatif bersama pihak wakil rakyat, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk turut bersama turun padang mendaftarkan warga emas bagi menerima vaksin terutama di kawasan pedalaman.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Pilah, Dr. Noraliza Radzali berkata, sehingga 2 Julai lalu, sebanyak 23,997 penduduk daerah ini telah pun menerima suntikan vaksin Covid-19 masing-masing.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 35 peratus penerima dos pertama iaitu 16,967 orang manakala bagi dos kedua adalah 13.5 peratus iaitu sebanyak 7,030 penerima vaksin,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×