PUTRAJAYA: Malaysia terus merekod peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 13,215 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 6,095 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 110 kematian dicatatkan dengan 885 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 432 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 108,369 kes aktif.
“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 6,120 kes diikuti Negeri Sembilan (1,603), Kuala Lumpur (1,499), Kedah (695), Johor (599), Pulau Pinang (509), Melaka (484), Sabah (370), Sarawak (363), Perak (344), Kelantan (255) dan Pahang (222).
“Hanya satu negeri dan dua wilayah merekodkan kes dua angka iaitu Terengganu (70), Labuan (26) dan Putrajaya (53) manakala Perlis, tiga kes,” katanya dalam sidang akhbar hari ini. -UTUSAN ONLINE










